Sunday, 15 June 2014

Google Translate! Adakah ia boleh dipercayai 100 %??

Volume 2 :

Assalamualaikum semua J

Sekali lagi bertemu....
Kesalahan seterusnya ialah dari segi kata kerja. 

Kata Kerja

i)              Terjemahan ke bahasa Indonesia

Terjemahan Betul
Terjemahian Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
Bertengkar
ribut
تَشَاجَرَ
tidak boleh
tidak bisa
لاَ أَسْتَطِيع

ii)             Kekeliruan tanda baris

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
Saya telah tidur lewat
tumbuh terlambat
نِمْتُ مُتَأَخِّرًا


Kata kerja (نِمتُ) sebenarnya terdiri daripada kata kerja (نام) dan kata ganti nama (..ـتُ) yang membawa maksud saya telah tidur. Manakala kata kerja (نَمَتْ) pula membawa erti tumbuh yang mana ia disusuli huruf (...ـتْ) yang bertanda baris sukun (mati). Ianya berlaku apabila kata nama yang datang selepasnya bersifat مؤنث)) atau feminin. Diperhatikan bahawa terjemahan Google tidak mengambil kira konteks padanan yang betul apabila perkataan yang datang selepasnya bermaksud lambat/ lewat (متأخرا) yang mana terjemahan tumbuh terlambat adalah tidak sesuai sama sekali. Justeru, kekeliruan tanda baris berlaku pada kata (...ـتُ) atau (...ـتْ).



iii)            Terjemahan literasi

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
dia (lelaki) memastikan jumlah (wang)
tentu daripada jumlah
يَتَأَكَّد مِنَ المَبْلَغ

iv)           Nahu – imbuhan me-

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
memasukkan
masukkan
أَدْخَلَ
menidurkan
tidur
نوَّم
tidur
nam
نام



Imbuhan /me/ adalah penting bagi memastikan makna tepat. Kata kerja ( نَوَّمَ ) yang bermaksud menidurkan merupakan kata kerja transitif (متعدي) berlainan maknanya dengan kata kerja tidak transitif (نام) iaitu telah tidur. Dapat diperhatikan di sini bahawa kata kerja ( نَوَّمَ ) tidak diterjemahkan dengan maksud telah tidur (نام), sebaliknya kata kerja (نام)  tidak diterjemahkan ke bahasa Melayu dan hanya bunyi perkataan tersebut sahaja dieja.


i)              Kesilapan struktur dan golongan kata

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
Ahmad mengadakan lawatan
lawatan oleh Ahmad..
يقوم أحمد بزيارة...
dia (L) sedang bersedia untuk peperiksaan
persiapan ujian
يستعد للامتحان


Kesilapan struktur seperti di atas boleh mengakibatkan penyampaian mesej yang tidak tepat. Kata kerja (يقوم ) bermaksud mengadakan, tetapi di dalam struktur di atas  makna kata kerja tersebut tidak dinyatakan. Bagi contoh kedua pula kata kerja  (يستعد) yang memberi gambaran lengkap tentang kala dan pelaku tidak diterjemahkan sepatutnya, tetapi diterjemahkan sebagai kata terbitan.


ii)             Kekeliruan perkataan hampir sama

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
saya/ aku sedang mandi
aku mencuci
أَغْتَسِلُ
dia (L) telah merasmikan
dibuka
افْتَتَحَ


Ciri-ciri derivasi bahasa Arab menghasilkan pelbagai perkataan (yang berbeza-beza maknanya) dari kata dasar yang sama. Perbezaan perkataan tersebut ada kalanya hanya dengan penambahan satu atau dua huruf sahaja tetapi menghasilkan makna yang jauh bezanya. Kata kerja (أَغْسِلُ) bermaksud saya sedang membasuh/mencuci, manakala (أَغْتَسِلُ) iaitu dengan penambahan huruf  / (ت)(..ـتـ..) memberi maksud saya sedang mandi. Begitu juga kata kerja (أَفْتَحُ) bermaksud saya sedang membuka dan apabila ditambah satu lagi huruf  / (ت)(..ـتـ..) menjadi (افْتَتَحَ) memberi maksud dia telah merasmikan.


i)              Nahu – kata kerja aktif menjadi pasif dan sebaliknya.

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
menerima
diterima
اسْتَلَمَ
telah menemani
didampingi
رَافَقَ
dipukul
memukul
ضُرِبَ

ii)             Terjemahan ke Bahasa Inggeris

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
melayan
treats
يُعَامِل
telah berkumpul
met
اجْتَمَعَ
kita mengulangkaji pelajaran
review
نُرَاجِعُ

iii)            Kata ganti nama dan kala tidak diterjemahkan

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
saya telah belajar
dipelajari
دَرَسْتُ
mereka (m) sedang  bermain
bermain
يَلْعَبُونَ
kamu (m) sedang  membaca
baca
تَقْرَأ
saya sedang mencuci pakaian
mencuci
أَغْسِلُ المَلاَبِس
saya menghubungi kamu
hubungi
أَتَّصِلُ بِكَ
Dia (f) telah membaca
baca
قَرَأَتْ


Bahasa Arab dari tipologi bahasa infleksi menunjukkan ciri-ciri yang unik di mana satu perkataan mengandungi rangkaian makna yang lengkap di dalamnya. Sesuatu kata kerja bukan sahaja memberi maksud kata kerja tersebut, malah ianya juga menghasilkan makna pelaku dan juga kala sama ada kala lampau, kini mahupun kala depan. Namun terjemahan mesin ternyata tidak lengkap dan hanya mampu menterjemahkan maksud kata kerja sahaja tanpa disertakan makna-makna yang lain.

i)      Terjemahan tidak tepat


Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
membawa kepada..
untuk membayar
يَدْفَعُ إِلَى
penulis mendapat..
pelajar menerima..
حَصَلَ الكَاتِبُ عَلَى..
tidak kurang dari…
setidaknya
لاَ يَقِلُّ عَنْ..
ditulis
arahan
كُتِبَ
telah masuk
pendapatan
دَخَل
telah mengulangkaji
lihat
رَاجَع
tidak berminat
menginginkan
يَرْغَبُ عَنْ
telah mengeluarkan
padam
أَخْرَجَ
menginap di hotel Hilton
tinggal di hotel Hilton
يقيم فِي فُنْدُق هيلتون


Kata kerja (يَدْفَعُ) tanpa disusuli kata sendi (إِلَى) sememangnya memberi maksud membayar. Tetapi apabila disusuli oleh kata sendi (إلَى) maka ianya memberi maksud membawa kepada.. seperti contoh di atas. Begitu juga kata kerja (يَرْغَب), boleh menghasilkan dua maksud yang berlawanan dengan penggunaan kata sendi yang datang selepasnya.  (يَرْغَب) yang disusuli oleh kata sendi (عَنْ) seperti contoh di atas memberi maksud tidak suka/ berminat, sebaliknya jika disusuli oleh kata sendi (فِي) memberi maksud berminat/ suka.

InsyaAllah sambungannya akan tiba..... peace sokmo J

KELAYAKAN UNTUK MENJADI SEORANG PENTERJEMAH

KELAYAKAN UNTUK MENJADI SEORANG PENTERJEMAH

Seringkali diperkatakan bahawa untuk menjadi seorang penterjemah, apa yang diperlukan hanyalah kebolehan untuk berkomunikasi dalam dua atau lebih bahasa. Setiap bidang dalam dunia ini mempunyai pakar-pakarnya sendiri. Sama bagi bidang penterjemahan ini, terdapat pakar-pakarnya yang juga telah menetapkan empat panduan utama untuk menjadi seorang penterjemah yang baik. Empat panduan tersebuat adalah seperti berikut:-

1. Mengetahui dan memahami bahasa sumber
Bahasa sumber – bahasa asal yang hendak diterjemah ke bahasa yang kedua. Contohnya, dalam artikel bahasa Melayu yang diterjemah kepada bahasa Inggeris, maka oleh itu, bahasa sumbernya ialah bahasa Melayu.
Dengan mengetahui bahasa sumber, ia dapat membantu penterjemah membezakan maksud sebenar teks asal dan dengan itu, seseorang penterjemah itu dapat menterjemah maksudnya dengan lebih tepat.

2. Mengetahui dan memahami bahasa penerima
Bahasa penerima – bahasa ke dalam mana teks asal itu akan diterjemah. Contohnya, dalam aritkel bahasa Melayu yang diterjemah kepada bahasa Inggeris, maka oleh itu, bahasa penerimanya ialah bahasa Inggeris.
Sama peranannya seperti bahasa sumber, pengetahuan tentang bahasa penerima dapat membantu dalam menterjemahkan sesuatu bahan dengan lebih tepat. Seseorang penterjemah itu harus menguasai bahasa penerima dan bahasa sumber sebaik-baiknya. Pendek kata, penguasaan kedua-dua bahasa membantu dalam proses penterjemahan dalam menjadikan sesuatu bahan dapat diterjemahkan dengan baik tanpa lari daripada maksudnya yang asal.

3. Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah
Penterjemah bukan sahaja harus memahami kedua-dua bahasa sumber dan bahasa penerima tetapi juga mengetahui secukupnya bidang yang hendak diterjemah. Ini adalah kerana bidang–bidang seperti perundangan, perubatan mengandungi terma–termanya yang khusus.

4. Mengetahui teori dan amalan terjemahan
Penting bagi seorang penterjemah itu untuk mengetahui melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang penterjemahan terlebih dahulu. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah segala konsep-konsep teori supaya cara penterjemahan yang betul dapat diaplikasikan.

Google Translate! Adakah ia boleh dipercayai 100 %??


Assalamualaikum semua J
Suasana petang yang nyaman ini membuatkan diri ini terpanggil untuk menceritakan tentang trend pelajar sekarang yang cenderung menggunakan Google Translate untuk menterjemah. Ia digunakan semakin meluas kerana percuma dan mudah diakses di mana-mana. Perisian tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan kerana kepantasan menterjemah perkataan-perkataan dan ayat-ayat di mana ia tidak perlu merujuk kamus am, kamus peristilahan, thesaurus dan sebagainya. Namun begitu, ia masih lagi tidak dapat menterjemah teks terjemahan ke tahap yang diharapkan.


Volume 1 :
Kesalahan pertama yang dapat diketengahkan ialah dari segi kata nama.

3.1       Kata Nama

i)      Terjemahan tidak tepat

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
cuaca
hal
الجو
persatuan
majlis
الجمعية
bajet
anggaran
ميزانية
selesa
nyaman
مريحة
buku
arahan
الكتاب
padang
nada
الملعب
pinggan
hidangan
الصحن
tangga
keamanan
السُّلَّم
apa
mengapa
ماذا


ii)             Terjemahan ke Bahasa Inggeris

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
baju-baju
t-shirt
قمصان
juruterbang
pilot
الطيار
bekas makanan
pot
الأواني
garisan
line
الخطّ
tanah tinggi
heights
مرتفعات

iii)            Kata jamak diterjemahkan kepada kata tunggal

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
baju-baju
t-shirt
قمصان
makanan-makanan
makanan
الأطعمة
bilik-bilik
bilik
الغرف
universiti-universiti
universiti
الجامعات
harga-harga
harga
الأسعار

iv)           Kekeliruan antara perkataan yang hampir sama ejaannya

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
guru perempuan
sekolah
مُدَرِّسَة
Datuk
serius
الجد
Siapa
dari
مَن

Bagi kata nama sekolah (مَدْرَسَة) dan guru perempuan (مُدَرِّسَة) dieja dengan huruf-huruf yang sama dan yang membezakan antara keduanya hanyalah tanda baris. Begitu juga dengan kata sendi (مِنْ) dan kata tanya (مَنْ) serta kata nama (الجد) boleh menghasilkan dua makna iaitu datuk (الجَدّ)  ataupun kesungguhan(الجِدّ) . Persamaan penggunaan huruf bagi kata nama di atas mengelirukan mesin penterjemah walaupun perkataan tersebut diberi tanda baris.
 
v)            Nahu – Menggugurkan kata imbuhan

Terjemahan Betul
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
makanan
makan
الوجبة

Apabila perkataan ini diterjemahkan, ianya diterjemahkan kepada kata kerja iaitu makan, sedangkan imbuhan –an sepatutnya perlu diletakkan di hujung perkataan bagi menyampaikan maksud sebenar.......


Nantikan nukilan seterusnya ......peace sokmo J


Sheikh al-Marbawi – Tokoh Persuratan Arab Melayu



Biodata Ringkas al-Marbawi
Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulama besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali keMalaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan. Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain. Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan. Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.








Al-Marbawi di Mesir
Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 'Aliyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.

Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.
Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 'Kamus al-Marbawi' itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.

Sumbangan Karya al-Marbawi
Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.

Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama’ Nusantara.
Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.

Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi.
Kamus al-Marbawi dan Bahrul Madhi
Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Madhi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-

Kamus al-Marbawi
Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab –Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf `ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba`ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.

SYARAT TERJEMAHAN BAHASA ARAB

• SYARAT TERJEMAHAN BAHASA ARAB YANG BAIK 

Jika anda sedang mencari perkhidmatan penterjemah Bahasa Arab, maka kita harus mengetahui syarat terjemahan Bahasa Arab yang baik, iaitu :

1. Proses penterjemahan harus sesuai antara konteks bahasa sumber terjemahan dengan konteks bahasa sasaran terjemahan atau dapat juga diertikan bahawa hasil daripada sebuah proses penterjemahan mempunyai erti dan makna (maksud) seperti halnya atau sesuai dengan bahasa sumber.
2. Proses penterjemahan harus sesuai antara gaya bahasa sumber terjemahan dengan gaya bahasa sasaran terjemahan.
3. Proses penterjemahan harus sesuai antara ciri khas bahasa sumber terjemahan dengan ciri khas bahasa sasaran terjemahan.
Adapun tentang syarat terjemahan Bahasa Arab yang baik, sebenarnya ada lebih dari 3 kaedah yang disebutkan di atas. Akan tetapi dari 3 kaedah di atas, sudah cukup mewakili bagi proses penterjemahan Bahasa Arab yang benar dan tepat.
Semoga informasi tentang 2 jenis penterjemah Bahasa Arab serta syarat terjemahan Bahasa Arab ini bermanfaat untuk anda,  tidak kira bermanfaat bagi yang sedang mencari khidmat penterjemah Bahasa Arab ataupun yang sedang menjalankan usaha khidmat  penterjemah bahasa Arab .



Keistimewaan Bahasa Arab

Keistimewaan Bahasa Arab
Bahasa Arab mempunyai ciri-ciri  kekhususan yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lainnya. Kemudian dari kekhususannya ini menjadikan bahasa Arab sebuah bahasa yang fleksibel, mempunyai elastisitas yang tinggi, maka dalam  menjalankan dan mempertahankan fungsinya sebagai bahasa komunikasi, sarana dalam penyampaian tujuan agama, pencatatan berbagai ilmu pengetahuan, telah mampu disampaikan dengan mudah dan benar.


Diantara keistimewaan bahasa arab adalah adanya i’rab, dapat dikatakan bahwa i’rab adalah ciri khas dari bahasa arab. I’rab adalah perubahan bunyi akhir suatu kata dalam kalimat yang disebabkan oleh perbedaan ‘amil yang menyertainya, baik ‘amil yang disebut itu jelas maupun diperkirakan. Perbedaaan ‘amil tersebut dapat mempengaruhi makna.

Selain i’rab keistimewaan bahasa arab adalah dengan hadirnya tashrif. Tashrif yaitu ilmu yang mempelajari ilmu bahasa dari segi perubahan sighat atau bentuk kata, seperti kata

ضرب – يضرب – ضربا dan ini mempengaruhi arti dan maknanya.




Huruf dalam bahasa arab disebut dengan huruf hijaiyah dan semuanya berjumlah 29 ada juga yang mengatakan jumlahnya 30. Tiap-tiap huruf tersebut mengandung nilai-nilai philosopy yang tinggi. Sebagaimana umat Islam ketahui bahwa seluruh kandungan al-

Quran itu terhimpun dalam surat al-Fatihah dan kandungan surat al-Fatihah itu terhimpun dalam basmalah dan basmalah itu sendiri terhimpun dalam satu huruf ba.

Keistimewaan bahasa arab yang lain adalah pada tiap huruf dalam bahasa Arab itu mempunyai simbol,tanda, dan arti tersendiri. Contohnya adalah huruf ha’, di mana ia mengandung arti yang berkonotasi kepada sesuatu yang tajam dan panas, seperti Al-Hummaa (penyakit panas, demam), Al-Haraara (panas), Al-Hurr (yang bebas dan merdeka), Al-Hubb (kecintaan), Al-Hariiq (kebakaran), Al-Hiqd (kedengkian), Al-Hamiim (teman akrab), Al-Hamzhal (buah parai), Al-Hirriif (yang pedas), Al-Haraam (yang dilarang), Al-Hariir (kain sutera), Al-Hanaan (kasih sayang), Al-Haadd (yang tajam), Al-Haqq (kebenaran) dan lain-lain.

Itulah beberapa keistimewaan bahasa arab, dan masih banyak lagi keistimewaan dan rahasia-rahasia dibalik huruf, kata, kalimat, paragraf dalam bahasa Arab yang belum kita ketahui.

Semoga Allah menjadikan kita sebagai umat-Nya yang mencintai bahasa nabi-Nya yaitu Muhammad saw. Aamiin.

DUA JENIS PENTERJEMAH BAHASA ARAB

• DUAJENIS PENTERJEMAH BAHASA ARAB

Bahas Arab sangat berbeza dan memiliki kesukaran tersendiri. Oleh itu, penterjemah Bahasa Arab dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu :


1. Penterjemah Bahasa Arab secara harfiah 

Penterjemah Bahasa Arab jenis ini mengalihbahasakan Bahasa Arab secara kata per kata, jadi setiap kata dicari dahulu terjemahannya, kemudian setelah terkumpul menjadi sebuah kalimah akan dipadukan dan disatukan. Cara seperti ini akan menimbulkan pemahaman kalimah yang kurang tepat, kerana setiap bahasa memiliki ciri masing-masing dalam membuat sebuah kalimah.

2. Penterjemah Bahasa Arab secara maknawiyah atau tafsiriyah 

Penterjemah Bahasa Arab secara maknawiyah berbeza sama sekali dengan jenis penterjemah harfiah di atas,  yang mana penterjemah ini akan menterjemahkan sumber tanpa menghiraukan urutan kata yang ada pada sumber. Yang diperkukuhkan dari cara ini adalah makna atau kandungan yang ingin disampaikan dari sumber terjemahan.