Sunday, 15 June 2014

Sejarah Bahasa Arab (Siri 1)

Adakah anda tahu asal Bahasa Arab? Di sini ingin kami kongsikan salasilah Bahasa Arab... 

Selamat Membaca>>>

Sekiranya disingkap sejarah dan asal-usul bahasa Arab sama ada sebelum atau selepas kedatangan Islam, ternyata bahasa Arab mempunyai persamaan dengan bahasa serumpun dengannya yang dituturkan oleh orang-orang Ibri, Habasyi, Aramiyyah dan selainnya (Rafa'il Nakhlah alYasu'iy 1986:87).

Bahasa Arab merupakan satu-satunya bahasa utama di seluruh dunia Arab iaitu Mesir, Sudan, Libya, Tunisia, Maghribi, Algeria, Arab Saudi dan selainnya. Malah ia merupakan bahasa utama negara-negara bukan Arab seperti Republik Chad di Mrika Tengah dan bahasa minoriti di negara seperti Nigeria, Iran dan Soviet Union (Bernard Comrie 1998:24).

Titik tolak kemajuan dan perkembangan pesat bahasa Arab ini bermula sejak penurunan al-Quran dalam bahasa Arab yang merupakan mukjizat yang paling agung di dunia ini. Justeru itu, bahasa Arab secara tidak langsung menjadi bahasa komunikasi seluruh umat Islam di dunia di samping hadis Rasulullah s.a.w juga diabadikan dalam bahasa Arab. Semua ilmu Islam di peringkat permulaan ditulis dalam bahasa ini dan penyebaran dakwah Islam di seluruh dunia di peringkat awal juga menggunakan bahasa Arab. 


Jumpa Lagi di Siri akan datang......

"TAK KENAL MAKA TAK CINTA"

PROFIL BLOGGER’S

LUQMAN HAKIM BIN HAMDAN (A144978)


ABDUL MUHAIMIN BIN ABDUL SOMAT (A146882)


MUHAMMAD BIN SUA’IBUNAHA (A144981)

Kami (LUQMAN, MUHAMMAD, MUHAIMIN) merupakan pelajar tahun1 semester 2 daripada Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Pada semester ini, kami telah mengambil kursus Terjemahan Arab Melayu Arab (PPPJ 1213).Oleh itu, bagi memenuhi syarat penilaian dalam kursus ini kami telah ditugaskan untuk melaksanakan sebuah blog khusus berkaitan Terjemahan Arab Melayu Arab.Oleh itu, Insya-Allah, kami akan berkongsi bersama-sama rakan semua ilmu-ilmu yang boleh membantu kita dalam meningkatkan lagi pengetahuan kita tentang pembelajaran Arab.

OBJEKTIF BLOG KAMI: 
  • *Bagi memenuhi penilaian subjek TAMA PPPJ1213 
  • *Dapat berkongsi dengan semua tentang pengetahuan mengenai subjek Terjemahan Arab Melayu Arab 
  • *Meningkatkan lagi daya penulisan dan menterjemah sesuatu teks. 
  • *Menggunakan teknologi maklumat sebagai sumber berkongsi ilmu pengetahuan dengan cara lebih muda dan pantas.
  • *Menarik minat pembaca untuk mengetahui ilmu berkaitan Bahasa Arab  


Semoga blog ini bermanfaat untuk kalian semua, di samping kita sama-sama dapat mengamalkan dan menyebarkan ilmu yang dipelajari ini kepada orang lain…INSYA-ALLAH…


Di bawah ini adalah gambar-gambar semasa kami berada di dalam kuliah subjek TAMA (PPPJ 1213) pada minggu ke-4.





DR. MAHERAM SEDANG MEMBERI KULIAH BERKAITAN "JENIS DAN KAEDAH TERJEMAHAN"



 RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG TEKUN MENCATAT NOTA KULIAH


ABANG MUHAMMAD BUAT APE TUE DENGAN ABANG SODIQIN









Contoh cerita tauladan seta terjemahan yang baik


ALAT BANTU TERJEMAHAN

ALAT BANTU TERJEMAHAN

KAMUS

DEFINISI KAMUS

- Merupakan sejenis buku rujukan yang menerangkan maksud perkataan, yang berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal sesuatu perkataan. contohnya penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.

JENIS-JENIS KAMUS

·                     Kamus Ekabahasa : iaitu menggunakan satu bahasa ( kata-kata entri dan penjelasannya yang terdiri daripada bahasa yang sama). Selain itu, penyusunannya dibuat berasakan pembuktian data korpos yakni takrifan makna yang dibuat berdasarkan makna yang diberi dalam contoh ayat. Contohnya Kamus Dewan dan Kamus al Wasit. 

·                     Kamus Dwibahasa : iaitu kamus yang menggunakan dua bahasa yakni kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain seperti Kamus Besar Arab- Melayu Dewan dan Kamus Al -Marbawi.  

·                     Kamus Aneka Bahasa/ Multi Bahasa : ia menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa. Misalnya : Kamus Melayu- Cina- Inggerisyang menggunakan susunan Yuen Boon Chan (2004). 

·                     Kamus Mini : pada zaman sekarang agak susah ditemui dan dikenali dengan nama kamus saku dan tebalnya kurang daripada 2cm. 

·                     Kamus Kecil : bersaiz kecil dan biasa ditemui serta mudah dibawa. Contohnya : Kamus Dwibahasa Oxford Fajar ( Inggeris- Melayu, Melayu- Inggeris). 

·                     Kamus Besar : saiznya besar dan tidak sesuai dibawa kemana-mana. Biasanya memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam satu-satu bahasa, contohnya Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. 

KENAPA KAMUS DIPERLUKAN ??

1.            Kamus boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui.
2.            Ada kalanya penterjemah tidak dapat mencari padanan makna sesuatu kata  daripada kotak memorinya. Oleh itu, dia perlu merujuk kamus.
3.            Berhadapan dengan perkataan yang berkait dengan bahasa linguistik.

4.            Berhadapan dengan perkataan yang berkait dengan budaya dan adat resam.

Contoh Teknik Terjemahan.

Tarikh lahir Syeikh Nurudin tidaklah diketahui. Beliau belajar di Mekah dan diketahui barada di sini pada 1621. R. O. Winstedt berpendapat, setelah selesai pengajiannya di Mekah, beliau telah pergi ke Pahang... Beliau belayar ke Aceh pada tahun 1637 setelah mangkatnya Sultan Iskandar Muda. Di situ beliau belajar agama serta disambut baik oleh Sultan Iskandar Thani (1636 - 1675)... Kemudian pada tahun 1644 beliau meninggalkan Aceh untuk pulang ke Ranir dan meninggal dunia di situ pada tahun 1658.

(Dipetik daripada buku Tokoh-tokoh Melayu yang agung dalam sejarah, hlm. 91)



ا. Tarikh lahir memang betul diterjemahkan kepada الميلاد تاريخ,
tetapi apabila digabungkan dengan perkataan Syeikh Nurudin,
maka terjemahannya akan jadi تاريخ ميلاد شيخ نورالدين  bukannya تاريخ الميلاد لشيخ نوروالدين
Jadi terjemahan ayat pertama ialah تاريخ ميلاد شيخ نورالدين غير معروف. 

ب. Ayat “Beliau belajar di Mekah dan diketahui berada di sini pada 1621” pula diterjemahkan kepada ” درس في مكة وهو يسكن هنا في سنة 1621”.
Terjemahan ini betul kecuali terdapat satu perkataan yang tidak diterjemahkan, iaitu diketahui dalam frasa “diketahui berada”.
Frasa ini sepatutnya diterjemahkan kepada “ ومن المعلوم أنه مقيم“ .
Jadi terjemahan untuk ayat ini ialah (كان يدرس في مكة ومن المعلوم أنه مقيم هنا في سنة 1621) .

ج. Ayat “setelah selesai pengajiannya di Mekah”yang diterjemahkan kepada بعد انتهي دراسته في مكة juga tidak tepat terjemahan.
Yang lebih tepat ialah menggunakan masdar انتهاء sebagai ganti kepada kata kerja انتهي .
Jadi, terjemahannya akan jadi begini:بعد انتهاء من دراسته في مكة

د. Frasa “di situ” diterjemahkan kepada في هناك.
Padanan ini tidak tepat, kerana perkataan في perlu dibuang.
Kekalkanهناك sahaja dan lebih baik kalau ditambah huruf jar و.
Maka terjemahannya akan menjadi: وهناك يدرس علوم الدين


ه. Frasa disambut baik diterjemahkan kepada ترحيب dan padanan ini kurang tepat.
Sebaiknya ia diterjemahkan kepada نال الترحيب f.
 Dalam terjemahan ini:
ثم في سنة 1644 هو يترك آتشيه ليرجع إلي رانير وهناك هو وفاة في سنة 1658.
Sepatutnya perkataanهو dalam هو يترك dibuang, dan  هو وفاة ditukarkan kepada  توفى.
Semoga ianya sangat beguna bagi kalian untuk mahir dalam medan terjemahan.

Kata-Kata Bijak Pandai Pepatah Arab


 Kata-Kata Bijak Pandai Pepatah Arab 

ﻣَﻦْ ﺳَﺎﺭَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺪَّﺭْﺏِ ﻭَﺻَﻞَ = Siapa berjalan di atas landasan maka akan sampai.

 
ﻣَﻦْ ﺟَﺪَّ ﻭَﺟَﺪَ = Siapa bersungguh-sungguh dia akan mendapat apa yang diingini.

 
ﻣَﻦْ ﺻَﺒَﺮَ ﻇَﻔِﺮَ = Siapa yang sabar dia beruntung.

 
ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ  = Siapa sedikit kejujurannya, sedikit temannya.

 
ﺟَﺎﻟِﺲْ ﺃَﻫْﻞَ ﺍﻟﺼِّﺪْﻕِ ﻭَﺍﻟﻮَﻓَﺎﺀِ = Gaulilah orang yang mempunyai kejujuran dan tepat janji.

 
ﻣَﻮَﺩَّﺓُ ﺍﻟﺼَّﺪِﻳْﻖِ ﺗَﻈْﻬَﺮُ ﻭَﻗْﺖَ ﺍﻟﻀِّﻴْﻖِ = Cinta pada teman itu, dapat dilihat pada waktu kesempitan.

 
ﻭَﻣَﺎﺍﻟﻠَّﺬَّﺓُ ﺇِﻻَّ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺘَّﻌَﺐِ = Tidak ada kenikmatan kecuali setelah kepayahan.

 
ﺍﻟﺼَّﺒْﺮُ ﻳُﻌِﻴْﻦُ ﻋَﻠﻰَ ﻛُﻞِّ ﻋَﻤَﻞٍ = Kesabaran itu menolong setiap pekerjaan.

 
ﺟَﺮِّﺏْ ﻭَﻻَﺣِﻆْ ﺗَﻜُﻦْ ﻋَﺎﺭِﻓًﺎ = Cuba dan perhatikanlah, nescaya kamu akan menjadi orang berilmu.

 
ﺍُﻃْﻠُﺐِ ﺍﻟﻌِﻠْﻢَ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻤَﻬْﺪِ ﺇِﻟﻰَ ﺍﻟﻠَّﺤْﺪِ = Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga liang lahad.

 
ﺑَﻴْﻀَﺔُ ﺍﻟﻴَﻮْﻡِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺩَﺟَﺎﺟَﺔِ ﺍﻟﻐَﺪِ = Telur hari ini lebih baik daripada ayam esok hari.

 
ﺍﻟﻮَﻗْﺖُ ﺃَﺛْﻤَﻦُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺬَّﻫَﺐِ = Waktu itu lebih tajam daripada emas.

 
ﺍﻟﻌَﻘْﻞُ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺠِﺴِْﻢ ﺍﻟﺴَّﻠِﻴْﻢِ = Akal yang sihat itu ada pada badan yang sihat.

 
ﺧَﻴْﺮُ ﺟَﻠِﻴْﺲٍ ﻓﻲِ ﺍﻟﺰَّﻣَﺎﻥِ ﻛِﺘَﺎﺏٌ = Sebaik-baik teman di setiap waktu adalah buku.

 
ﻣَﻦْ ﻳَﺰْﺭَﻉْ ﻳَﺤْﺼُﺪْ = Siapa menanam, dia akan menuai.

 
ﺧَﻴْﺮُ ﺍﻷَﺻْﺤَﺎﺏِ ﻣَﻦْ ﻳَﺪُﻟُّﻚَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺨَﻴْﺮِ = Sebaik-baik sahabat adalah menunjukkan kepada kebaikan.

 
ﻟَﻮْﻻَ ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻟَﻜَﺎﻥَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻛَﺎْﻟﺒَﻬَﺎﺋِﻢِ = Seandainya tidak ada ilmu nescaya manusia itu seperti binatang.

 
ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﻓﻲِ ﺍﻟﺼِّﻐَﺮِ ﻛَﺎﻟﻨَّﻘْﺶِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﺤَﺠَﺮ= Ilmu di waktu kecil itu, laksana ukiran di atas batu.

 
ﻟَﻦْ ﺗَﺮْﺟِﻊَ ﺍﻷَﻳﺎَّﻡُ ﺍﻟَّﺘﻲِ ﻣَﻀَﺖْ = Hari-hari yang telah berlalu itu tidak akan kembali.

 
ﺗَﻌَﻠَّﻤَﻦْ ﺻَﻐِﻴْﺮًﺍ ﻭَﺍﻋْﻤَﻞْ ﺑِﻪِ ﻛَﺒِﻴْﺮًﺍ = Belajarlah di waktu kecil dan amalkanlah di waktu besar.

 
ﺍﻟﻌِﻠْﻢُ ﺑِﻼَ ﻋَﻤَﻞٍ ﻛَﺎﻟﺸَّﺠَﺮِ ﺑِﻼَ ﺛَﻤَﺮٍ = Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.

 
ﺍﻻﺗِّﺤَﺎﺩُ ﺃَﺳَﺎﺱُ ﺍﻟﻨَّﺠَﺎﺡِ = Persatuan itu pangkal keberhasilan.

 
ﻻَ ﺗَﺤْﺘَﻘِﺮْ ﻣِﺴْﻜِﻴْﻨًﺎ ﻭَﻛُﻦْ ﻟَﻪُ ﻣُﻌِﻴْﻨﺎً = Jangan menghina orang miskin tetapi jadilah penolong baginya.

 
ﺍﻟﺸَّﺮَﻑُ ﺑِﺎﻷَﺩَﺏِ ﻻَ ﺑِﺎﻟﻨَّﺴَﺐِ = Kemuliaan itu kerana kebaikan budi pekerti bukan keturunan.

 
ﺳَﻼَﻣَﺔُ ﺍﻹِﻧْﺴَﺎﻥِ ﻓﻲِ ﺣِﻔْﻆِ ﺍﻟﻠِّﺴَان = Keselamatan manusia itu adalah menjaga lidah.

 
ﺁﺩَﺍﺏُ ﺍﻟﻤَﺮْﺀِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺫَﻫَﺒِﻪِ = Kebaikan budi pekerti seseorang itu lebih baik dari pada emasnya.


Google Translate! Adakah ia boleh dipercayai 100 %??

Volume 4 :

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua J Pada kali ini tumpuan diberikan kepada Ekspresi.


3.5       Ekspresi

Terjemahan Betul dari segi konteks penggunaan
Terjemahan Google
Perkataan dari Bahasa Sumber
Maaf / sama-sama
Maaf
عَفْوًا
Gembira bertemu awak!
Happy kesempatan
فُرْصَةُ سَعِيدَةٌ
Selamat malam!
Menjadi baik
تُصْبِحُ عَلَى الخَيْرِ
Tolong! (excuse me)
Jika dibenarkan
لَوْ سَمَحْتَ
Tidak perlu berterima kasih. Memang itu tanggungjawab saya
Tidak, terima kasih bertugas
لاَ شُكْرَ عَلَى الوَاجِب
sebentar lagi
tak lama
بَعْدَ قَلِيلٍ
Tahniah!
Selamat
مَبْرُوك
Jumpa lagi!
bye
إِلَى اللِّقَاء
Jumpa lagi
Dengan keselamatan
مَعَ السَّلاَمَة
Selamat hari lahir!
Merry holiday
عِيْدُ مِيلاَدٍ سَعَيدٍ
Semoga cepat sembuh/ Semoga Allah menyembuhkan kamu
Tuhan menyembuhkan
شَفَاكَ اللهُ
Silakan!
Lebih suka
تَفَضَّلْ
ucapan alu-aluan.
halo
مَرْحَبًا


Sebagaimana frasa idiomatik, ekpresi atau ungkapan harian dalam pelbagai bahasa biasanya tidak boleh diterjemah secara literal, tetapi perlu melihat maksud dari konteks penggunaannya. Contohnya ungkapan “terima kasih” dalam semua bahasa berbeza-beza makna literalnya. Terjemahan mesin didapati tidak mampu membezakan antara frasa biasa dengan ekspresi mengakibatkan berlakunya terjemahan seperti contoh di atas.

Setakat ini sahajalah perkara ini dapat dibincangkan.... Sekiranya ada pendapat yang ingin diutarakan....dipersilakan dengan hati terbuka... InsyaAllah sekiranya ada penambahan akan dikongsikan secepat yang mungkin... Peace Sokmo J