ALAT
BANTU TERJEMAHAN
KAMUS
DEFINISI KAMUS
- Merupakan sejenis buku rujukan yang menerangkan maksud perkataan, yang berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal sesuatu perkataan. contohnya penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.
JENIS-JENIS KAMUS
·
Kamus
Ekabahasa : iaitu menggunakan satu bahasa (
kata-kata entri dan penjelasannya yang terdiri daripada bahasa yang sama).
Selain itu, penyusunannya dibuat berasakan pembuktian data korpos yakni
takrifan makna yang dibuat berdasarkan makna yang diberi dalam contoh ayat.
Contohnya Kamus Dewan dan Kamus al Wasit.
·
Kamus
Dwibahasa : iaitu kamus yang menggunakan dua
bahasa yakni kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan
menggunakan bahasa lain seperti Kamus Besar Arab- Melayu Dewan dan
Kamus Al -Marbawi.
·
Kamus
Aneka Bahasa/ Multi Bahasa : ia
menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa. Misalnya : Kamus Melayu-
Cina- Inggerisyang menggunakan susunan Yuen Boon Chan (2004).
·
Kamus
Mini : pada zaman sekarang agak susah
ditemui dan dikenali dengan nama kamus saku dan tebalnya kurang daripada
2cm.
·
Kamus
Kecil : bersaiz kecil dan biasa ditemui
serta mudah dibawa. Contohnya : Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (
Inggeris- Melayu, Melayu- Inggeris).
·
Kamus
Besar : saiznya besar dan tidak sesuai
dibawa kemana-mana. Biasanya memuatkan segala leksikal yang terdapat dalam
satu-satu bahasa, contohnya Kamus Besar Arab-Melayu Dewan.
KENAPA KAMUS DIPERLUKAN ??
1.
Kamus
boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui.
2.
Ada
kalanya penterjemah tidak dapat mencari padanan makna sesuatu kata daripada kotak memorinya. Oleh itu, dia perlu
merujuk kamus.
3.
Berhadapan
dengan perkataan yang berkait dengan bahasa linguistik.
4.
Berhadapan
dengan perkataan yang berkait dengan budaya dan adat resam.
No comments:
Post a Comment