BAHASA TERAWAL ORANG
SAMIYYAH
Para penyelidik bukan
sahaja berselisih pendapat mengenai penempatan terawal bagi orang-orang Samiyyah
seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, malah mereka juga berselisih pandangan
dalam menentukan bahasa terawal yang dituturkan oleh orang Samiyyah. Tiga
pandangan utama sarjana bahasa mengenai bahasa terawal bagi orang Samiyyah
ialah:
i. Setengah penyelidik
berpendapat bahawa bahasa terawal yang dituturkan oleh orang Samiyyah ialah
bahasa lbri. lni kerana bahasa lbri di anggap sebagai bahasa yang terawal bagi
bahasa-bahasa dunia (Rajiy Akmal 1972). Pendapat ini sebenarnya telah diutarakan
oleh orang-orang Yahudi yang mendapat sokongan dari ahli bahasa dan pengkaji etimologi
Arab (lmil Badi' Ya'qub 1986).
ii. Sebahagian ahli
bahasa Arab berpendapat bahawa bahasa terawal yang dituturkan oleh orang Samiyyah
ialah bahasa Arab Kuno (al' arabiyyah
al-qadimah). Antara ahli bahasa terkemuka yang bersetuju dengan pandangan
ini ialah Olshausen, seorang sarjana lnggeris. Namun begitu, pandangan ini
telah mendapat tentangan dan kritikan hebat terutamanya di kalangan beberapa pengkaji
bahasa di Barat. Seorang orientalis barat mengatakan bahawa orang Samiyyah itu
tinggal dan menetap di pelbagai tempat dan kawasan. Mustahil mereka bertutur dalam
satu bahasa, iaitu bahasa Arab. Ali Abd Wahid Wafi berpendapat adalah tidak
mustahil orang-orang Samiyyah bertutur dalam satu bahasa walaupun mereka sering
berpindah-randah. lni kerana, mereka berpindah ke kawasan yang baru yang masih
di dalam lingkungan semenanjung tanah Arab. Oleh itu sudah tentulah bahasa yang
digunakan untuk berkomunikasi masih tidak berubah. Ahmad Muhd. Qaddur
menyatakan bahawa terdapat persamaan ciri-ciri bahasa yang dituturkan oleh
orang Samiyyah dengan bahasa Arab Kuno (al-
'arabiyyah alqadimah) seperti berikut:
a. Terdapat persamaan
dari sudut fonetik antara bahasa pertuturan orang Samiyyah dengan bahasa Arab.
Lni kerana bahasa Samiyyah menekankan bunyi huruf yang keluar dari rongga halkum
seperti (al- 'ain, al-ghain, al-ha', al-ha'
dan al-hamzah). Huruf-huruf ini juga
terdapat dalam bahasa Arab.
b. Terdapat bunyi huruf
yang tebal dalam bahasa Semit iaitu al-sad
(ص), al-dad (ض), al-ta'(ط) dan al-za' (ظ).
Huruf-huruf tebal ini juga terdapat dalam bahasa Arab.
c. Bahasa Semit merujuk
kepada asal perkataan 3 huruf (thulathiy). Sistem ini juga terdapat dalam
bahasa Arab yang menekankan kata kerja itu dari 3 huruf.
d. Bahasa Semit
menekankan sistem infleksi (i 'rab) sarna ada dengan ai-raJa: al-nasab dan
al-jarr. Sistern infleksi ini juga banyak ditekankan dalam kaedah bahasa Arab
(Ahmad Muhammad Qaddur 1993).
iii. Pendapat ketiga
pula berpandangan bahawa bahawa bahasa Assyuria dan Babylonia adalah bahasa
terawal yang dituturkan oleh orang Samiyyah. Pendapat ini telah dikritik oleh
ahli bahasa dan filologi Arab yang berpendapat bahawa walaupun terdapat beberapa
perkataan yang sarna antara bahasa Semit dan bahasa Assyuria atau Babylonia, namun
ia tidak begitu ketara dan hanya terdapat pada beberapa contoh perkataan sahaja
dan ia tidaklah boleh dijadikan hipotesis yang kukuh pada mengatakan bahasa Assyuria
dan Babylonia merupakan bahasa terawal yang dituturkan oleh orang Samiyyah.
Daripada beberapa
pandangan yang diutarakan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa terawal
yang digunakan oleh orang-orang Samiyyah adalah bahasa Arab Kuno. Ini
memandangkan bahawa penempatan yang terawal bagi orang-orang Samiyyah adalah di
semenanjung Arab yang kebanyakannya berasal dati Yaman. Dari Yaman inilah
orang-orang Samiyyah berpecah ke beberapa negara yang lain seperti Iraq, Mesir,
Syam dan selainnya. Ini ditambah lagi dengan pandangan beberapa orang ahli
filologi Arab seperti Imil Badi' Ya'qub, Ali Abd al-Wahid Wafiy, Ahmad Muhd
Qaddur dan beberapa orang orientalis yang lain berpandangan bahawa bahasa terawal
yang dituturkan oleh orang-orang Samiyyah adalah bahasa Arab (bahasa Arab
kuno).
No comments:
Post a Comment