Sunday, 15 June 2014

Sejarah Bahasa Arab (Siri 3) (Siapakah Samiyyah itu?)

Siapakah Samiyyah?

Kenapa Samiyyah?

Dimana Samiyyah?

Tak kenal maka tak cinta..........

PENEMPATAN AWAL ORANG-ORANG SAMIYYAH
Ahli bahasa Arab berpendapat bahawa unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa Arab itu banyak menyerupai rumpun bahasa Semit seperti bahasa Aramaik, Kanaanit dan lainnya, namun sebenarnya ia amar sukar untuk dianalisis dan ditentukan secara tepat. Kesukaran ini disebabkan penempatan yang terawal bagi orang-orang Samiyyah masih menjadi perbincangan hangat di kalangan ahli sejarah dan tidak dapat dipastikan dengan tepat hingga ke hari ini. Kebanyakan pengkaji bahasa Arab percaya bahawa orang-orang Samiyyah pemah menetap di semenanjung Arab. Namun  pengkaji-pengkaji bahasa Arab telah berselisih faham mengenai penempatan awal orang-orang Samiyyah. Di bawah ini, disenaraikan huraian antara pandangan ahli-ahli sejarawi Arab mengenai penempatan awal orang-orang Samiyyah dan mereka telah membahagikan penempatan tersebut kepada tujuh kawasan berikut:

a. Penempatan awal bagi orang-orang Samiyyah adalah di tenggara semenanjung Arab, iaitu di negara Yaman. Pendapat ini disokong oleh kedua-dua orang sarjana terkemuka, iaitu Ernest Renan dari Perancis dan Brockelmenn dari Jerman yang sama-sama berpendapat bahawa penempatan awal bagi orang-orang Samiyyah ialah di tenggara semenanjung Arab (Ali Abdul Wahid Wafiy) .

b. Penempatan awal bagi orang-orang Samiyyah adalah di semenanjung Arab. Pendapat inilah yang paling tepat dan logik walaupun telah diketahui umum bahawa sejarah negara Arab agak lewat diketahui berbanding sejarah ketamadunan rumpun-rumpun bahasa Semit yang lain. Pendapat ini telah diutarakan pada tahun 1901 setelah menemui beberapa penemuan sejarah di negara aI-Sus (Hana al-Fakhuriy 1985).

c. Pendapat ketiga berpendapat bahawa penempatan awal bagi orang-orang Samiyyah ialah di selatan negara Iraq (Imil Badi' Ya'qub). Pendapat ini telah disokong oleh Juwaidiy seorang profesor Linguistik Arab yang berpendapat bahawa penempatan awal bagi penduduk Samiyyah ialah di negara Iraq (Tawfiq Muhd. Syahin). Jika diteliti dari beberapa contoh perkataan yang terdapat di dalam bahasa Semit, ia menunjukkan bahawa terdapat beberapa contoh perkataan dalam bahasa ini yang mempunyai unsur-unsur pembangunan, kesuburan tanaman dan ternakan (Imil Badi' Ya'qub). Iraq suatu masa dahulu merupakan sebuah penempatan yang subur dengan pembangunan yang membanggakan. Tetapi Nolendka berpendapat bahawa bukti yang terdapat pada beberapa perkataan yang mempunyai makna yang berkaitandengan alam semula jadi yang terdapat dinegara Iraq itu tidak boleh dijadikan satualasan atau bukti yang kukuh. Ini keranaterdapat banyak perkataan yang lain dalam rumpun bahasa Semit yang tidak dikaitkan dengan alam semula jadi negara Iraq.

d. Pendapat keempat pula berpendapat bahawa negara Kan'an di Syria adalah penempatan awal bagi orang-orang Samiyyah. Mereka mengatakan bahawa orang-orang Samiyyah ini telah menduduki bumi Syria sejak berkurun-kurun lama dahulu.

e. Nolendka, seorang pengkaji bahasa pula berpendapat bahawa penempatan awal bagi orang-orang Samiyyah ialah di Arminiyyah. Penempatan mereka ini terletak di pertengahan benua Asia (Syawqiy Daif 1988). Ini kerana di Arminiyyah terdapat sebuah banjaran yang bernama Ararat dan di banjaran inilah kapal Nabi Nuh a.s telah berlabuh sewaktu berlaku taufan pada beberapa abad yang lampau (Imil Badi' Ya'qub). Selain itu, bumi Arminiyyah ini juga terletak berdekatan dengan sempadan negara Kurdistan (Muhammad al-Antaki).

f. Sebahagian yang lain berpendapat bahawa penempatan awal bagi orang-orang Samiyyah ialah di negara Habasyi atau di utara benua Mrika (Imil Badi' Ya'qub 1986) dan negara Somalia (Syawqiy Daif 1988). Ini memandangkan terdapat pertalian yang kuat antara bahasa Semit dengan rumpun bahasa Rausa (Imil Badi' Ya'qub).

g. Font Cremer berpandangan bahawa penempatan awal orang-orang Samiyyah ialah di Babylon. Ini kerana terdapat beberapa kosa kata bahasa orang-orang Babylon yang berkaitan dengan pertanian yang menyerupai bahasa Semit. Guidy, seorang sarjana Jerman juga menyokong pandangan yang diutarakan oleh Font Cremer. Namun pendapat Guidi berbeza sedikit dengan pendapat Font Cremer. Beliau menyatakan persamaan antara bahasa Babylonia dan Semit bukan sahaja dari sudut pertanian sebagaimana yang didakwa oleh Font Cremer, bahkan ianya mempunyai persamaan dari sudut pembangunan, nama-nama haiwan dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan alam semula jadi (Qawwad 'Ali 1968).


Dari pandangan-pandangan yang diutarakan di atas, dapatlah dikesimpulakan bahawa walaupun ahli-ahli sejarawi Arab berselisih pendapat mengenai penempatan awal orang-orang Samiyyah di pelbagai kawasan, namun pandangan mereka masih berkisar di sekitar semenanjung tanah Arab. Kebanyakan ahli bahasa Arab juga percaya bahawa penempatan awal orang-orang Samiyyah adalah di semenanjung Arab. Dari kawasan inilah, orangorang Arab telah berpindah ke kawasan lain. Lni kerana tanah semenanjung Arab sebagaimana yang diketahui dipenuhi dengan padang-padang pasir yang kering kontang. Oleh itu, mereka yang tinggal di semenanjung Arab ini sering berpindah demi mencari satu kawasan yang lebih subur terutamanya wadi atau oasis. lnilah juga sifat orang Samiyyah yang sering berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

No comments:

Post a Comment