Sunday, 15 June 2014

Sejarah Bahasa Arab (Siri 1)

Adakah anda tahu asal Bahasa Arab? Di sini ingin kami kongsikan salasilah Bahasa Arab... 

Selamat Membaca>>>

Sekiranya disingkap sejarah dan asal-usul bahasa Arab sama ada sebelum atau selepas kedatangan Islam, ternyata bahasa Arab mempunyai persamaan dengan bahasa serumpun dengannya yang dituturkan oleh orang-orang Ibri, Habasyi, Aramiyyah dan selainnya (Rafa'il Nakhlah alYasu'iy 1986:87).

Bahasa Arab merupakan satu-satunya bahasa utama di seluruh dunia Arab iaitu Mesir, Sudan, Libya, Tunisia, Maghribi, Algeria, Arab Saudi dan selainnya. Malah ia merupakan bahasa utama negara-negara bukan Arab seperti Republik Chad di Mrika Tengah dan bahasa minoriti di negara seperti Nigeria, Iran dan Soviet Union (Bernard Comrie 1998:24).

Titik tolak kemajuan dan perkembangan pesat bahasa Arab ini bermula sejak penurunan al-Quran dalam bahasa Arab yang merupakan mukjizat yang paling agung di dunia ini. Justeru itu, bahasa Arab secara tidak langsung menjadi bahasa komunikasi seluruh umat Islam di dunia di samping hadis Rasulullah s.a.w juga diabadikan dalam bahasa Arab. Semua ilmu Islam di peringkat permulaan ditulis dalam bahasa ini dan penyebaran dakwah Islam di seluruh dunia di peringkat awal juga menggunakan bahasa Arab. 


Jumpa Lagi di Siri akan datang......

No comments:

Post a Comment